0

Flash Back : Kenny Rogers

.
Untuk Flash Back #2 pasal Suka Suki Society ni kita cerita pasal Kenny Rogers. Yummeh! Dah lama gila kot tak makan sini. Okay memang terliur la waktu buat entry ni. Al kisahnya bila laptop Anim sakit tenat dan perlu diselamatkan.. ehem, tak mau cite banyak-banyak part ni sebab takut nanti luka lama berdarah kembali. Cewah! (sebenarnya tak nak cik anim kita terkenang laptop lama dia). Hihi. Waktu ni cuma Hilmi, Aina, Farah dan Ina je yang teman Anim. Yang lain ada hal. Lepas hantar laptop masuk klinik, diorang ni pulak yang nak pergi terapi. FOOD THERAPY, to be exact. 

Jangan nak pelik sangat tengok muka masing-masing yang tak bermaya tu. Stay up la katakan. Mana main tidur malam diorang ni. Malam berjaga macam orang rukun tetangga. Hihi. Okay mari layan gambar diorang makan kat Kenny Rogers Aeon Tebrau City. Sila terliur sekali bila tengok gambar makanan yang superb itu okayh! 


As seen on FB : Kenny Rogers album


O.M.Jay.. bilakah agaknya dapat makan semua ini lagi? Memang tak la.. sebab diorang semua tengah sangkak sekarang. Kahkah. Apa-apa pun gambar makanan semua tempting gila. Terima kasih kepada Lumix GF kepunyaan cik Anim kita.



0 comments:



Back to Top