0

Universiti Suka Suki

.
Universiti Suka Suki? Best gila kalau dapat buat universiti sendiri! Belajar apa kat Universiti Suka Suki (USS) tu? Lebih kurang Universal Studio Singapore (USS) la.. short form dah sama dah tu.Belajar bersuka ria, bermain-main, berseronok-seronok sambil menghabiskan duit. Haha. 

Berangan je lebih. Hakikatnya, semua budak Suka Suki Society ni adalah mahasiswa & mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dah bertahun-tahun stuck kat dalam tu. Haha. Walaupun diorang sendiri dah bosan sebab stuck dalam UTM tu lama sangat, tapi kat situ jugak la diorang bertemu. So tak payah nak merungut sangat la kan belajar dalam UTM tu tak habis-habis. Diorang sebenarnya memang sayang sangat kat UTM okay. *mata ke atas tangan di dada*

Ni saja nak kepoh jap.. Sebab tadi dengar cerita ranking universiti kat Malaysia yang terbaru, UTM no.1..! Hah? Ye ke?


World rank no.419.. Ranking dalam Malaysia no.1. Wah! Tumpang bangga. UTM.. Universiti Terbaik Malaysia katanya. =)



0

Pasangan Suka Suki

.
Ada terasa pelik tak kenapa Hilmi sorang je lelaki dalam geng ni? Okay ini adalah jawapan untuk persoalan itu. Sebab dalam Suka Suki Society ni, ada satu pasangan tunangan.. iaitu Hilmi dan Aina. Diorang bercinta dah lama dah.. Kalau nak tahu kisah cinta diorang, detik perkenalan ape semua, boleh baca kat SINI ye. Hilmi ni dah macam abang kepada budak-budak Suka Suki Society yang lain. Bukan Abang Long Dil dalam KL Gangster tu eh.

Bila nak kahwin? Insyallah tahun depan katanya. Semua budak Suka Suki Society dah excited dah nak tunggu tahun depan! Tapi untuk entry ni, apa kata kita flash back waktu diorang bertunang tahun lepas. Jom layan gambar..


As seen on FB : Engagement Aina & Hilmi



Suka Suki Yang Malas !

.
Budak-budak Suka Suki Society ni malas ke? Entah. Tapi kalau bab bersuka-suki, diorang memang rajin. Sangat rajin. Hihi. 

Tahu lagu The Lazy Song kan? Gila ke kalau tak tahu.. Bruno Mars kot! Video clip mesti dah pernah tengok kan? Sempoi gila.. macam memang malas nak buat video clip. Sesuai sangat la dengan tajuk lagu kan.. Lazy song. Tapi apa-apa pun, menghiburkan la. Sebab monyet-monyet tu.

TAPI..,

Ada version lagi best. Kenal Justin & Jeremy? Si kembar comel =) Sila tonton video di bawah dan sila adore dengan kecomelan mereka yeah!






Oh please la! Rasa nak tampar muka budak dua orang ni boleh tak? Comel! Siapa yang rasa tak comel, ada something wrong la dengan korang. Hihi. Lepas ni confirm banyak lagi video budak kembar dua orang ni.



0

Wordless Wednesday

.



0

Flash Back : Kenny Rogers

.
Untuk Flash Back #2 pasal Suka Suki Society ni kita cerita pasal Kenny Rogers. Yummeh! Dah lama gila kot tak makan sini. Okay memang terliur la waktu buat entry ni. Al kisahnya bila laptop Anim sakit tenat dan perlu diselamatkan.. ehem, tak mau cite banyak-banyak part ni sebab takut nanti luka lama berdarah kembali. Cewah! (sebenarnya tak nak cik anim kita terkenang laptop lama dia). Hihi. Waktu ni cuma Hilmi, Aina, Farah dan Ina je yang teman Anim. Yang lain ada hal. Lepas hantar laptop masuk klinik, diorang ni pulak yang nak pergi terapi. FOOD THERAPY, to be exact. 

Jangan nak pelik sangat tengok muka masing-masing yang tak bermaya tu. Stay up la katakan. Mana main tidur malam diorang ni. Malam berjaga macam orang rukun tetangga. Hihi. Okay mari layan gambar diorang makan kat Kenny Rogers Aeon Tebrau City. Sila terliur sekali bila tengok gambar makanan yang superb itu okayh! 


As seen on FB : Kenny Rogers album


O.M.Jay.. bilakah agaknya dapat makan semua ini lagi? Memang tak la.. sebab diorang semua tengah sangkak sekarang. Kahkah. Apa-apa pun gambar makanan semua tempting gila. Terima kasih kepada Lumix GF kepunyaan cik Anim kita.





Back to Top